Surah al-Hujurat, 49: 14

Firman Allah s.w.t:

"Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka); "Kamu belum beriman", tetapi katakanlah: "Kami telah Islam", kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (kebaikan)amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujurat, 49: 14)

Tuesday, October 2, 2012

PESANAN PEMBIMBING 3


      1.    Perumpama Iman  seperti anak pokok yang dijaga, dipelihara dan dibajai.

Daripada anak pokok ia membesar menjadi  pokok yang tumbuh  teguh  beranting dan berbuah . Itulah perumpamaan  orang beriman yang taat dan menurut perintah Allah dan  mencapai makam khalifah-yang memimpin manusia dan memakmurkan bumi.

2.      Jika kita abaikan tanggungjawab kita ,semua itu menjadi tidak bermakna.

3.      Yang mendapat manfaat dan  beruntung ialah orang yg menjaga iman

4.      Dengan menjadi orang beriman kita hendak ke mana? Apa yg hendak kita capai sebagai orang beriman di atas dunia ini?

5.      Jadi, kita perlu berlatih berfikir dan kita tak mahu  jadi orang yang jumud.

 
6.      Kehidupan orang beriman ibarat mereka menyediakan hidangan  dan hidangan itu dimanfaatkan oleh orang lain.


7.      Lepas kita mati kita hendak ke mana? Kita ingin kembali kpd Allah dan menjadi orang yg soleh- kita mahu jadi sebagai hamba.


8.      Sebagai orang beriman, kita kena jadi contoh teladan  kepada– diri, keluarga dan masyarakat

 

9.      Apabila contoh teladan berkembang ia memberi kesan secara langsung kepada negara.


10.  Jadi, Iman perlu dimaju dan  dikembangkan
 

11.  Perbincangan kita berdasarkan Quran dan hadis.


12.  Projek ekonomi (lembu) -kita menternak,  membiakkannya dan menjualnya- buat setakat yang boleh dahulu asal tidak rugi tak mengapa.  Dalam perniagaan kadang-kadang  ada pasang surut-nya. Ada sebab tertentu / hikmah Allah  membuat begitu . Walaupun nampak susah tetapi mudah.

Kita melaksanakan projek asal tidak rugi berniaga tak apa- kita perlu meneruskannya.

Kita bermula dgn iman, dan beramal saleh. Insyaallah, Allah akan memberi kita dengan ilmu.  Yang penting kita perlu berusaha dan berkorban kerana Allah. Orang awam berniaga nak kaya,  tetapi kita berniaga kerana Allah.


13.  “Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik”   [ maksud An-Nahli : 97 ]

Maksudnya orang beriman dan beramal saleh ,Allah akan memberi kehidupan yang baik semasa di dunia lagi.  Orang beriman dan beramal soleh- kehidupan yang baik, iaitu ketenangan yang merupakan anugerah Allah yang paling besar. Walaupun mereka menghadapi masalah tetapi Allah akan menunjukkan jalan keluar (penyelesaian)  Namun, masalah itu pun Allah buat juga.


14.  Orang beriman ini pelik- bila Allah memberi ujian dia bersyukur  dan menghadapinya dengan senyuman dan dia tidak mengeluh
 

15.  Tanda orang beriman mesti ada pada wajahnya- berseri-( cahaya pada wajah)  hanya orang beriman kenal tanda-tanda itu.


16.  Orang yg beribadat tidak ikhlas kerana Allah-(berkehendak) biarkan  cara mereka, kita jangan menghukum.

 
17.  Sifat nabi  ialah pemaaf- walaupun kaumnya engkar- kita mesti menganggap orang itu tiada apa-apa.


18.  Tanda/ sifat orang akhirat ialah apabila kita boleh memaafkan dunia seisinya. Sifat  Allah ialah pemurah. Orang beriman tidak bersifat bakhil. Orang beriman mesti mendoakan orang mukmin yang lain.


19.  Kebanyakan orang  hidup kerana manusia  dan  dia berhitung dgn manusia. Orang beriman seperti sebatang pokok yang teguh dan melindungi orang lain.

 

20.  Pertama iman, jika tiada iman dalam diri kita diibarat kita buta. Taat kpd Allah, jauhi apa yang dilarang dan menyerah diri (tawakal).


21.  Jika kamu menolong Allah , pasti Allah akan menolong kamu- Kita dilarang  syirik kpd Allah, dilarang membantah segala perintah Allah.


22.  Maksud Zuhud kepada dunia- jangan mengejar dunia tetapi bila  melaksanakan kerja-kerja akhirat pasti dunia akan berkejaran datang. Jika  kita berusaha untuk akhirat pasti kita dapat dunia.

23.  Orang beriman mengecapi nikmat di dunia lagi.

(KETENANGAN, KEMAKMURAN,KEAMANAN)

24.  Allah bersifat meliputi, kita  sebenarnya tak boleh lari daripada Allah. Manusia jangan tipu diri sendiri.

25.  Kita diajar menerima kenyataan kalau kita gagal dalam sesuatu perkara kita terima dengan hati terbuka kegagalan itu.- Kalau kita tidak tahu jangan kita kata mengetahuinya. Sikap demikian kita menipu  diri sendiri.


26.  Surah Anfal-ayat 2- 3 “ Sesungguhnya orang-orang  beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka & apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya,  mereka menjadi  bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jua lah mereka berserah iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian dari apa yg kami kurniakan kpd mereka. “


Huraian  ayat di atas contoh  orang beriman (BEKERJA BERSUNGGUH-SUNNGUH) memberi manfaat  kepada masyarakat bukannya duduk diam (berpeluk tubuh sahaja)

 
27.  Orang beriman perlu sentiasa muhasabah- diri ( kita dekat ke atau jauh dengan Allah?)- bila kita taat kepada Allah maknanya kita semakin hampir kepada-Nya.

 

28.  Allah nama bagi Meliputi-semua  benda yang bergerak merupakan kejadian dan ciptaan Allah.


29.  Ya Latif- Maha lemah-lembut. Tuhan kita merayu dengan  meyebut asma ul- husna- sebut nama yg banyak. Contoh bila kita panggil seseorang yang  comel, yang manis, dia suka. Begitu juga Allah suka kita membesarkan nama-namanya.  Yang Maha lembut, Maha Penyantun dengan hamba. Allah tidak mensia-siakan segala ciptaan –Nya.


30.  Ehsan-kita perlu merasai bahawa Allah sedang mengawasi kita.


31.  Tips –untuk mengelakkan cakap tak serupa bikin, buat kerja tidak bersungguh-sungguh. Buat dahulu setakat yangg mampu tapi bersungguh-sungguh. Itu Lebih baik daripad kita berjanji nak buat semua tapi satu pun tak buat. Contohnya jika kita nak buat 3 perkara daripada 10 perkara.  Lepas itu kita buat bersungguh-sungguh  , mungkin  3 jadi 4, insyaAllah.


32.  Kita perlu meneruskan risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw.


33.  Walaupun  Nabi/Rasul sudah tiada tetapi  Al-Quran itu hidup (dihayati sepanjang zaman)- melalui Quran (muzakarah) kita saling memberi nasihat. ( Wal asri)


34.  Apabila  generasi tua sudah tiada-generasi muda   akan mengambil alih –perjuangan Quran akan terus menerus.  Tetapi  masalahnya perkara ini masih tidak difahami lagi sesetengah daripada kita.

35.  Majlis muzakarah perlu melibatkan anak-anak , latih mereka bercakap. Ahli jemaah perlu galak anak-anak terlibat - buat program . Sekarang jayakan dulu projek jemaah. Jika yg tua-tua pun susah nak dengar, apa lagi yg muda. Insyaallah beransur-ansurlah.


36.  Projek Bertani(ekonomi) -kita buat setakat mampu- bila projek itu maju, barulah menjadi tarikan ramai dengan sendirinya anak-anak jemaah akan ikut. Sekarang kita ada apa?

 

 

No comments: