Surah al-Hujurat, 49: 14

Firman Allah s.w.t:

"Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka); "Kamu belum beriman", tetapi katakanlah: "Kami telah Islam", kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (kebaikan)amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujurat, 49: 14)

Tuesday, October 2, 2012

PESANAN PEMBIMBING 4

 
1.      Rawatan secara Islam- kita dikehendaki menjaga ruh barulah  jasad menjadi sihat.
               ‘Manusia kini lebih memilih untuk hidup selesa dan tidak mahu berfikir, ( kata Ibnu Sina).’
          Akal sebenarnya adalah wahyu daripada Allah-  sepatutnya  digunakan untuk  
          mengenal Allah. Bila kita memperoleh Makrifat  daripada  Allah, nescaya Dia akan membuka pintu-pintu  langit (pintu-pintu rahsia).    
 
2.      Kita kena sangka baik dengan  Allah , pasti  Allah akan selamatkan kita .
3.      Kita perlu jadikan contoh seperti  ibnu Sina yang merawat manusia sebagai satu  ibadah.

4.      Serah diri (tawakal) kpd Allah merupakan kemuncak kepada  keyakinan keimanan itu.
 
5.       Kaedah untuk menahan perasaan marah ialah  dengan sabar, iaitu  sabar dalam diam, sabar dalam rasa-, iaitu Tuhan menghantar  segala musibah kepada kita, jika melibatkan seseorang kita perlu memaafkan dia.
6.      Apabila  musibah datang  menimpa kita , sebenarnya  ia datang daripada  Allah. Jadi, kita jangan mengeluh. Jika kita mengeluh,  pintu untuk syaitan menghasut akan terbuka . Jadi, cepat-cepat kembali ingat kepada  Allah.
7.      Duduk  orang beriman sentiasa dalam kalimah Allah- Kita perlu merasai segala –galanya datang daripada Allah. Yang meyembuhkan segala penyakit ialah Allah.
8.      Mengenal Allah mengikut tahap masing-masing , ada persamaan dan perbezaan.Ada orang mengetahui dan  melihat  dgn mata hati.  Kita pasti melihat Allah. Segala-galanya Dia yang menjadikan . Hakikat nya Allah yang menghidupkan segala-galanya. Contohnya ada orang hanya mengetahui tentang gula-gula , ada yang membuka bungkus  gula-gula dan ada pula yang masukkan gula-gula  dalam mulut dan merasainya.
9.      Mengenal Allah- kita perlu belajar-mengetahui sifat-sifatnya dan merasai kewujudan Allah . Kita hendaklah hidup ( bersama) mendekatkan diri dengan Allah. Sehinggakan bila  kita bercakap Dia yang membimbing.
10.  Orang beriman  akan merasai dia  dibimbing dan dia mengikut bimbingan itu.
 
11.  Dikatakan bercakap dengan Allah itu  gila tetapi gila dalam Zat-Nya.
12.  Jika kita benar-benar  beriman kita pasti dibimbing.  Peranan khalifah- dibimbing  dan diberitahu. Orang  yang sampai  kepada Allah, dia akan tahu, contoh  seperti  kenal cahaya ,  bagi  orang  yang  makrifat ,dia kenal cahaya ada  warna-warna  yang berbeza di dalamnya.
 
13.  Dia  Zat yang menjadikan akan  zat yang dijadikan –ia bersatu tetapi tidak sama.
 
14.  Dalam solat -tumpu kepada  solat- biar kita sedar Allah melihat kita rukuk, sujud,  bahawa kita sedar segala perbuatan kita lakukan Allah yang maha melihat .
15.  Dia menyembah akan Dirinya , hakikatnya  kita tiada.
16.  Bila kita mati,  Zat kembali kapada  Zat, Zat yang kekal hanyalah Dia. Dia berdiri dengan sendiri-Nya.
17.  Kita beribadah mengesakan Allah .
 
18.  Zikir makanan ruh ?   Membaca zikir hanya sebahagian kecil, biar kita ambil konsep ibadah dalam hidup- merangkumi kehidupan. Berzikir sahaja  jumud-kita  bukan ahli zikir. Segala kerja buat kita kerana Allah,contoh : sambil kita memandu kereta, kita ingat kepada  Allah, itulah maksud zikir (sentiasa ingat/ merasai  akan  Zat  Allah)
19.  Zikir bilangan itu cara tarikat- itu bukan perjalanan saya
 
20.  Orang makrifat hidupnya,  degupan jantungnya sentiasa degup dengan Allah. Lepas tu bagaimana nak kira? Kita perlu melatih diri kita sentiasa  ingat  kepada  Allah. Mudah-mudahan  Dia ingat kepada  kita.

21.  Bincang hadis- umat akhir zaman walaupun tidak pernah jumpa dengan Rasulullah , tetapi mereka tetap  yakin dengan Rasulullah. Cuba cari mana orang baiah dgn Al-Quran?
 
22.   Assab’ul-matsani : 7 golongan . Yang datang  berlapis-lapis, silih berganti , mereka yang mengikuti golongan itu sentiasa dibimbing.  Mereka tetap dibimbing, diperingat, itu  tanda golongan  itu mendapat hidayah.
23.  Bimbingan diberi sampai akhirat, nak ikut ikut jika tak mahu ikut sudahlah.
 
24.  Puasa 6-adakah boleh sekali dengan puasa ganti? Ikut atas kefahaman kedua-dua betul. Sunnat menampung  yang wajib.
 
25.  Kaedah fiqh berubah- berubah atas keyakinan kita.
26.  Rasulullah menyuruh kita berlindung daripada  fitnah dajal (hadis)
Dajal makhluk akhir zaman. Tetapi konsep dajal ini boleh kita (perbandingan) muhasabah diri- dajal ialah sifat degil dalam diri kita. Biar kita ambil untuk diri kita dulu. Kita nak lawan dajal (degil) dalam diri kita.
 
27.  Doa  bisikan hati dengan Allah, ketika mana kita berbisik ?
Kita bercakap dengan  nada yang  lembut, merayu-rayu  kepada  Allah. Mengikut keadaan khusyuk dalam hati. Sebaiknya waktu malam kita berbisik. Jangan seorang diri pun kita senyap. .
 Penutup   : Mengucapkan selamat hari raya dan sampaikan salam untuk kita dan semua ahli keluarga.

No comments: